Latest Movie :
Home » , , , » Tonton Mencari Cinta 2013 Full Movie

Tonton Mencari Cinta 2013 Full Movie

{[['']]}
Tonton Mencari Cinta 2013 Full Movie
Tonton Mencari Cinta 2013 Full Movie

Sinopsis Mencari Cinta 

Filem Mencari Cinta mengisahkan Myra Tan Sri Johan (lakonan Nora Danish) yang sepatutnya berkahwin dengan pemuda pilihan hatinya Malek, tetapi pada saat akhir Malek membatalkan niatnya kerana ada kekasih lain.

Disebabkan segala persiapan perkahwinan dibuat dan kad jemputan diedar, tindakan Malek membuatkan Tan Sri Johan (Mahmod Ali Basha) dan isteri, Puan Sri Mahani (Connie Ahmad) bingung. Waktu sama, Razlan Arrifin (Rusdi) pemuda kampung yang dedikasi dan amanah terhadap orang tuanya mengusahakan ladang ternakan, putus tunang dengan Mila (Fouziah Gous) disebabkan Mila mahu melanjutkan pelajaran.

Razlan menerima kenyataan dia dan Mila tiada jodoh. Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea meminta pertolongan Ramlah (Maimon Mutalib) yang juga isteri arwah abang angkatnya iaitu ibu Razlan. Pada awalnya, memang dia mahu menjodohkan Myra dengan Razlan jika Myra tiada pilihan hati. Latar Myra dan Razlan berbeza kerana Razlan dibesarkan dengan cara kampung, manakala Myra pula moden pemikirannya.

Namun takdir menyatukan mereka, bermulalah kisah cinta unik meraih cinta selepas berkahwin. Filem ini mengangkat tema bahawa percintaan selepas berkahwin itu jauh lebih indah, tetapi persepsi dan ego wanita membuatkan perjalanan filem Mencari Cinta menarik. Filem ini bergantung penuh kepada watak utama dimainkan Rusdi dan Nora sebagai suami isteri dalam mencari keserasian dan cinta yang tidak pernah wujud antara mereka.

Mencari Cinta juga mengetengahkan tema bahawa dengan kesabaran, pasti kejayaan diraih walaupun pada awalnya pelbagai rintangan harus diharungi Razlan dalam memenangi hati Myra. Rusdi dan Nora berlakon dengan cemerlang, terutama gerak tubuh dan penghayatan antara mereka. Kredibiliti dan kemampuan Rusdi yang pernah menang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia melalui Waris Jari Hantu, jelas dapat dilihat dalam Mencari Cinta.

Rusdi menzahirkan wataknya dengan baik. Kejutan daripada Nora apabila memberi lakonan berbeza berbanding yang pernah dipersembahkan dalam filem sebelum ini seperti Aku Terima Nikahnya berganding dengan Adi Putra. Lakonannya sangat matang dan meyakinkan.

Perasaan benci dan kemudian bertukar menjadi sayang berjaya ditonjolkan Nora, hanya menerusi riak wajah dan pandangan mata. Ternyata filem ini membuktikan pelakon jelita itu mampu pergi lebih jauh. Begitupun, pengakhiran filem ini dilihat sedikit longgar apabila Malek kembali dan cuba mendapatkan kembali cinta Myra.

Konflik yang bergerak terlalu pantas menyebabkan penonton akan bertanya mengapa babak ditampilkan berlaku sedemikian rupa dan tidak kurang juga ia akan membuatkan kita tertanya akan logik perkara terjadi.

Info Mencari Cinta 

* ARAHAN: Shirin Khuzaimi
* Pelakon: Rusdi Ramli, Nora Danish, Fauziah Gous, Mahmod Ali Basha, Connie Ahmad, Natasha Hudson, Maimon Mutalib dan Reizman Khuzaimi
* Genre: Drama Romantik

Tonton Mencari Cinta 2013 Full Movie
Youtube - CLICK HERE!
Vimeo - CLICK HERE! (Password : www.dramatvonline.net)

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013/2014. Live Streaming - All Rights Reserved
Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger